Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata,
"menjanjikan syurga kepada penyokong adalah rasuah politik di tahap
tertinggi."
Wakil rakyat dari Umno itu
berkata, Pakatan Rakyat (PR) sering menuduh BN memberi rasuah apabila dikatakan
sering menjanjikan sesuatu sebagai ganti kepada undi.
Namun katanya,
pemimpin-pemimpin PR selalu terlupa bahawa mereka juga menjanjikan pelbagai
perkara umpama ‘memberi bulan dan bintang’ sehinggakan janji itu amat sukar
dilaksanakan.
“Bagaimana pula tuduhan
pembangkang yang selalu menyebut kerajaan zalim, jahat, salah guna kuasa, sila
sokong saya. Adakah itu bukan rasuah politik?
“Jadi mana lebih positif,
sokong untuk mendapatkan pembangunan atau sokong semata-mata atas dasar
sentimen?,” katanya pada Wacana Sinar Harian ke-13 bertajuk "Rasuah
Politik: Persepsi atau Realiti" di sini Kompleks Kumpulan Media
Karangkraf, hari ini.
Katanya lagi, pada pilihan
raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April 2010, PR turut dikesan menggunakan
jentera kerajaan negeri sebagai penggerak kempen mereka.
“Pada pilihan raya itu, Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) telah
mengumumkan bermacam-macam perkara, contohnya umum bonus kepada Ketua Kampung
untuk Parlimen Hulu Selangor sahaja.
“Selain itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga datang dengan
mengumumkan pemberian 100,000 title of land (TOL) kepada penduduk,” katanya.
Abdul Rahman yang juga anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah turut
menyeru kepada semua pihak agar bersama-sama membanteras rasuah kerana jenayah
ini merentasi sempadan kepartian.
“Jangan tutup sebelah mata sahaja, melihat kesalahan orang lain tetapi dalam
parti dan negeri sendiri tidak dilihat.
“Oleh itu, persepsi rasuah adalah senjata politik paling kuat. Ada pihak akan
mewarnai seolah-olah BN itu korup dan berkata mereka putih suci, perkara ini
patut dihentikan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan