Jumaat, 2 Mac 2012

Pas Putuskan Hubungan Dengan PKR


Pas perlu bertindak tegas dengan memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika benar parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang yang mempertahankan keselamatan Israel.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, berbeza dengan kerajaan, pemimpin parti pembangkang langsung tidak mempunyai satu pendirian yang jelas dan konsisten membela nasib rakyat Palestin akibat pembinasaan kejam oleh negara penjajah itu. 

Katanya, surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel jelas membuktikan sokongan kerajaan terhadap rakyat Palestin yang tidak pernah berubah sekali gus tidak mengiktiraf Israel. ''Apa yang kita kesal Anwar dan pemimpin Pas tidak ada ketetapan ini. Kenyataan Anwar mempertahankan keselamatan Israel cukup jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...