Isnin, 12 Mac 2012

Panas Panas Panas Guan Eng Menipu Rakyat P.Pinang Untuk Hapuskan Tol Jambatan


Ketua Menteri P.Pinang sebentar tadi mengumumkan bahawa kadar bayaran bagi Tol Jambatan P.Pinang dimansuhkan. Keputusan ini dicapai selepas exco-exco kerajaan negeri DAP bermesyuarat di KOMTAR dan mencapai persetujuan untuk berbuat demikian demi kebajikan rakyat negeri ini. 

Bagaimanapun, keputusan untuk memansuhkan bayaran Tol Jambatan tersebut bukanlah berkuatkuasa serta merta. Ia hanya berkuatkuasa selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. "Ini adalah ujian kesetiaan kepada rakyat Malaysia. 


Jika mereka mahu Tol percuma, mereka perlu undi DAP terlebih dahulu. Kalau DAP menang PRU, lepas itu baru kita fikir sama ada nak hapus Tol atau tidak.." kata Ah Beng. Ketika ditanya oleh wartawan akhbar cina Kwong Kek Khuat mengenai janji DAP untuk hapuskan Tol Sungai Nyior pada PRU yang lalu, Ah Beng menjelaskan bahawa janji itu dibuat secara tak sengaja. 

"Ketika buat janji hapuskan Tol Sungai Nyior dulu, kami (DAP) tak fikir mampu menang di Penang.. Itu semua hanya secara kebetulan saja.. Jadi rakyat tak perlu ambil serius sangat dengan janji lama.." 

"Yang penting, kita telah memberi janji baru yang lebih menarik untuk PRU depan. Tak ada guna lagi ambil kisah mengenai manifesto pilihanraya terdahulu. Saya harap rakyat memahami saya.." kata Ah Beng dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...