Jumaat, 23 Mac 2012

Dato Seri Najib Harus Dengar Suara Rakyat Yang Mahukan Pemimpin Muda @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mendengar kehendak rakyat dalam menentukan calon bagi pilihan raya umum akan datang. Perdana Menteri berkata, beliau sedia kehilangan rakan yang berkecil hati kerana cita-cita politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dipenuhi. Saya masih menilai keadaan, terutama ketika melawat seluruh negara. 

Saya mahu menilai bentuk sokongan yang diterima daripada rakyat serta kemampuan kita dalam menangani isu yang belum selesai. Hanya apabila kita sudah berasa selesa, maka waktu itulah saya rasa kita perlu menekan butang. 

Datuk Seri Najib Razak Katanya, sebagai pemimpin beliau perlu mendengar keluhan rakyat mengenai wakil rakyat di kawasan mereka. Jika rakyat berpendapat wakil rakyat mereka tidak melakukan kerja dengan baik dan tidak lagi mahu calon berkenaan beliau akan membuat keputusan. 


“Jadi saya akan membuat keputusan bahawa tempoh untuknya sudah tiba dan tidak perlu lagi bertanding sebagai calon,” katanya ketika muncul dalam program ‘988 Streets VIP’ bersama stesen radio FM988, di ibu negara, semalam. Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak melihat tindakan itu bakal mengundang masalah. “Saya pasti dipersalah dan dipertanggungjawab kerana menggugurkan orang itu. 

Hakikatnya, jika orang itu benar-benar menilai dirinya, disebabkan prestasinya tidak memuaskan atau dia sudah kehilangan keyakinan rakyat di kawasan masing-masing. Itu sudah menjadi sebab dia tidak boleh menjadi calon. “Mereka sebenarnya tidak boleh menyalahkan pemimpin kerana pemimpin membuat keputusan berasaskan apa yang betul dan saya akan melakukan perkara yang betul untuk rakyat. 

Ini prinsip yang menjadi pegangan saya,” katanya. Menjawab soalan sama ada pilihan raya akan diadakan pada Mei atau Jun depan, Najib secara bersahaja berkata, ia satu kemungkinan tetapi katanya banyak faktor perlu dinilai sebelum pilihan raya diadakan. “Apa yang paling penting adalah meyakinkan rakyat bahawa itu adalah waktu paling tepat dan ketika sokongan terhadap kerajaan berada pada tahap tertinggi. 

“Saya masih menilai keadaan, terutama ketika melawat seluruh negara. Saya mahu menilai bentuk sokongan yang diterima daripada rakyat serta kemampuan kita dalam menangani isu yang belum selesai. Hanya apabila kita sudah berasa selesa, maka waktu itulah saya rasa kita perlu menekan butang,” katanya. 

Ditanya mengenai komen liar yang diterimanya menerusi laman sosial Facebook, Najib berkata, ia suatu perkara yang sudah dijangka. “Ia lumrah sebagai seorang ahli politik. Saya rasa tidak perlu untuk menjadi marah kerana memang niat mereka untuk membuatkan anda marah. “Yang penting, anda percaya bahawa apa yang anda lakukan itu betul. 

Tapi jika komen yang positif dan membina, saya fikir ia suatu yang baik kerana negara kita mempunyai suatu proses yang membolehkan pemimpin berinteraksi dengan rakyat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...