Jumaat, 3 Februari 2012

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kulim Kedah

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih dalam usaha membantu rakyat khususnya ketika mengagihkan bantuan bencana alam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata asalkan mereka yang terbabit dalam bencana itu adalah rakyat negara ini, mereka akan menerima bantuan.

"Agihan yang dibuat adalah berdasarkan kadar jumlah kerugian yang mereka alami mengikut kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan segera kepada 56 mangsa ribut di Taman Mutiara dan sekitar Sungai Kob dekat sini.

Katanya, seramai 45 lagi mangsa ribut dari Kampung Pondok Labu, Keladi, Kulim yang juga mangsa ribut kuat yang berlaku pada petang Selasa lalu turut menerima bantuan.

Ahmad Bashah berkata, bantuan yang dihulurkan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan (PPP) Zon Kulim/Bandar Baharu itu adalah bantuan pendahuluan pada kadar antara RM300 hingga RM1,000 setiap mangsa.

"Bantuan ini bertujuan meringankan sedikit beban yang ditanggung mangsa. Selain wang tunai, barang keperluan dapur juga disampaikan kepada mereka iaitu bantuan sumbangan UMNO Bahagian dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...