Memaparkan catatan dengan label Papagomo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Papagomo. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2012

Peguam Terkenal, Datuk Sukri Mo­ha­med Memfailkan Saman Fit­nah RM10 Juta Ter­hadap Blogger Pro-Umno, Papagomo


Peguam terkenal, Datuk Sukri Mo­ha­med memfailkan saman fit­nah RM10 juta ter­hadap blogger pro-Umno, Papagomo berikutan penye­baran beberapa artikel yang mendakwa ahli politik itu me­nyeleweng wang rakyat Kelantan. 

Writ saman itu dikemuka­kan terhadapnya, nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini. Dalam writ saman tersebut, Ahli Suruhanjaya Perkhidma­tan Negeri Kelantan itu men­dakwa artikel-artikel yang di­muatkan dalam blognya secara terbuka memfitnahnya iaitu “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sul­tan Kelantan, pada 4 Mei 2011". 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...