Halaman

Selasa, 11 Ogos 2015

@Zahid_Hamidi @PPIM4U Siapakah Dalang Melindungi Premis Judi Seperti Ada Pihak Mengarahkan Tutup Seketika??

Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM menyambut baik saranan Ketua Polis Kuala Lumpur membenteras premis perjudian online

Apabila video ini dikeluarkan banyak premis judi secara online tidak beroperasi seperti ada pihak tertentu memberitahu kepada premis judi supaya menghentikan premis judi buat seketika 

Sejak pelancaran satu pasukan gerak khas dan polis STAGG bagi menghapuskan anti maksiat,judi dan jenayah yang dilancarkan oleh Tim. Perdana Menteri dan beliau juga sebagai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi menyatakan pada tahun 2015 pihak PDRM akan berkerjasama dengan pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menghapuskan masalah perjudian secara online yang telah berluasa sehingga ke hari ini. 

Dalam satu pertemuan dengan pihak PPIM menggesa pihak berkuasa supaya komited dalam tanggungjawab mereka dan perlu bertindak tegas dalam usaha membanteras gejala perjudian ini. Diharap video yang dikongsikan ini dapat dapat memberi kesedaran kepada semua pihak yang alpa dan tidak konsisten dalam usaha untuk menggempur kegiatan perjudian yang telah bermaharajalela sejak 30 tahun lalu. 

Semua gejala dan aktiviti perjudian WAJIB DIHAPUSKAN supaya dapat memartabatkan masyarakat, agama, bangsa dan demi kemakmuran negara. Oleh itu, semua pihak (pihak berkuasa, PBT dan masyarakat) harus bekerjasama serta ikhlas dalam memainkan peranan masing-masing supaya kewujudan premis judi online dapat dibanteras secara berterusan.  


50 penjawat awam melayan judi online di depan skrin komputer


Premis judi secara online mula dihentikan seperti ada pihak tertentu memberitahu supaya menghentikan premis perjudian buat seketika 

Ternyata apa yang diucapkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kegiatan tidak bermoral ini bakal dihapuskan sepenuhnya, tetapi dalam masa yang sama ada pihak tertentu cuba melindungi premis kedai judi dan mengarahkan premis judi berkenaan tutup buat sementara sehingga masalah judi ini kembali tenang. Semua Ketua Polis Negeri di seluruh negeri telah diarahkan berkenaan perkara ini dan beliau turut menegaskan supaya semua anggota polis mematuhinya. 

Dalam satu soalan siapakah yang melindungi premis judi berkenaan adakah pihak berkuasa polis atau pun pihak PBT dengan sepantas lalu kebanyakan premis judi tidak beroperasi.??

Dalam pada itu, admin berpendapat sokongan masyarakat umum juga perlu membantu pihak PPIM bagi membenteras judi online berleluasa dan ia boleh mendatangkan ketagihan dan kemudaratan kepada masyarakat dan negara. Selain itu, kegiatan ini sejak awal lagi dihapuskan kerana tiada agama atau budaya yang membenarkan perkara itu dibiarkan berleluasa hingga menyebabkan segelintir individu mula melakukan jenayah. 

Ketagihan berjudi boleh menyebabkan ramai orang Islam terpesong dari akidah dan juga mengakibatkan kadar jenayah di Malaysia meningkat dari semasa ke semasa. Diharap langkah membanteras ini sentiasa berterusan dan tidak berhenti separuh jalan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan