Halaman

Isnin, 27 Januari 2014

@NajibRazak @TKSUKJPM @AliHamsa55 Masih Belum Menjawab Kenapa Penjawat Awam Sokongan Sering Dipersalahkan Dan Diperalatkan



Akhirnya penjawat awam kakitangan sokongan sering saja dipersalahkan tetapi apabila pegawai atasan yang sering membuat kesalahan tidak pernah dipersalahkan adakah ini yang sering di ungkapkan (SYMP) Saya Yang Menurut Perintah

  

Kenapa kakitangan bawahan sokongan(2) sering dipersalahkan dimanakah keadilan serta keperhatian pegawai atasan terhadap anak buah beliau. 

1) Benarkah Kakitangan Sokongan2 tempat menjadi punca kesalahan?

2) Adakah semua kesalahan diletakkan terhadap kakitangan sokongan?

3) Kenapa selepas 14 hari memo dikeluarkan oleh pegawai sokongan akan dikenakan tindakan tatatertib dan adakah semua pegawai atasan tidak pernah membuat kesalahan?

 http://perdanahitam.blogspot.com/2014/01/kakitangan-di-zalimi-ksn-alihamsa55.html

Perdana hitam difahamkan di jabatan-jabatan kerajaan tertentu masih ada penjawat awam yang begitu sombong dan bongkak  dan tidak memastikan apa yang dibentang dan digariskan oleh kerajaan dalam soal memberi perkhidmatan kepada rakyat dilaksanakan dengan sempurna.Kerajaan mempunyai dasar, program dan perancangan yang baik serta sempurna tetapi ia menjadi sia-sia apabila ada dalam kalangan penjawat awam mengamalkan sikap 'melepas batuk di tangga sahaja' apabila menjalankan tugas mereka. 

Janganlah kerana sikap penjawat awam yang tidak komited dalam tugas mereka, akhirnya yang akan dihukum ialah kerajaan. Oleh itu masanya sudah tiba untuk semua pihak mengkaji secara teliti pelaksanaan tugas oleh penjawat awam, jika ada antara mereka sudah tidak mampu melaksanakan dasar, program dan arahan kerajaan maka 'tunjukkan pintu keluar' untuk mereka.

 
Sama ada hendak diakui atau tidak, ketika ini kerajaan sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup. Dalam masa sama, kerajaan juga bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi memastikan segala mandat yang diperoleh dalam pilihan raya umum lalu dapat dilaksanakan dengan jaya. 

Tetapi sama ada pelaksanaan dasar atau program kerajaan itu berjaya atau tidak ia terletak kepada kira-kira 800,000 penjawat awam di seluruh negara. Di bahu merekalah terpikul amanah dan tanggungjawab untuk memastikan usaha kerajaan dalam membela nasib rakyat akan terbela. Sebab itulah, komitmen jitu daripada penjawat awam amat diharapkan dan bukannya mereka sahaja mengharapkan ganjaran daripada kerajaan seperti kenaikan gaji, elaun mahupun bonus. 

Perkara ini dibangkitkan kerana sehingga hari ini masih terdapat rungutan bagaimana ada penjawat awam yang tidak melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan berkesan atau bersungguh-sungguh. Ada antara mereka masih bersikap sambil lewa biarpun ada antaranya melibatkan pelaksanaan dasar-dasar penting kerajaan.

Malah di sesetengah jabatan atau kementerian ada pegawai kanan kerajaan yang merasakan dirinya lebih hebat daripada pak menteri. Seorang anggota Kabinet pernah menceritakan kepada Perdana hitam bagaimana susahnya beliau hendak memastikan arahan yang dikeluarkan dipatuhi oleh pegawai kanan di kementeriannya. Ada sahaja alasan yang diberikan, kalau dilaksana pun ia mengambil masa berbulan-bulan biarpun melibatkan perkara kecil. Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada penjawat awam begitu perlahan untuk memberi jawapan kepada anggota Kabinet terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh media dan penting diketahui oleh rakyat. 

Menyentuh soal ini, adalah wajar selain melaksanakan tanggungjawab membela kebajikan penjawat awam, CUEPACS juga perlu rajin untuk mengadakan pertemuan dengan menteri bagi mengetahui situasi sebenar bagaimana penjawat awam di sesebuah kementerian melaksanakan tugas mereka. Tujuannya bukanlah untuk mencari kesalahan sebaliknya memperbaiki kelemahan kerana harapan rakyat terhadap kerajaan terlalu tinggi apatah lagi apabila ia berkaitan dengan kehidupan harian mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan