Duit KWSP Tidak Hilang, Yang Hilang Adalah Otak Penyokong Pembangkang
Sejak bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Petaling Jaya terbakar semalam, banyak komen-komen bodoh menghiasi garis masa Facebook.
Lebih menyakitkan hati komen tidak berotak itu menunjukkan tahap di mana penyokong pembangkang ini berada.
Mereka sibuk menulis komen-komen berbaur fitnah dan bodoh semata-mata untuk menyebar propaganda mereka. Kebanyakannya adalah penyokong pembangkang yang menghina tahap intelektual rakyat Malaysia dengan menulis komen tidak masuk akal itu.
Sepatutnya mereka bersyukur kerana lebih 600 kakitangan dan pelanggan yang berada di dalam bangunan KWSP itu selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Malangnya pembangkang sibuk menulis status bodoh dalam media sosial kononnya dengan terbakarnya bangunan KWSP itu maka habislah terbakar semua duit pencarum.
Bukan itu sahaja ada juga yang membuat tuduhan kononnya KWSP mahu melengah-lengahkan pembayaran dividen sebanyak 6.9 peratus yang diumumkan baru-baru, itu sebab berlakunya kebakaran.
Alangkah jahilnya mereka ini.
Bangunan KWSP yang terbakar ini dikaitkan dengan bangunan polis di Bukit Aman yang pernah terbakar suatu masa lalu. Apa perlunya membuat perbandingan berkenaan?
Bukannya rekod dan data pencarum KWSP ditulis dengan tangan kemudian disimpan dalam almari. Sekarang zaman teknologi canggih, sudah pasti semua data itu disimpan di dalam sistem komputer.
Antara yang membuat komen tidak masuk akal itu adalah editor Malaysia kini, Pramesh Chandran yang menulis di dalam Facebooknya dengan kapsyen `savings up in flames!'
Akibatnya Pramesh telah dibelasah. Sama ada beliau sengaja menulis demikian sebagai sindiran atau memang beliau betul-betul tidak tahu, namun ia menunjukkan kebodohan beliau sendiri.
Jika bangunan KWSP di Petaling itu terbakar, orang ramai masih boleh berurusan di pejabat KWSP yang lain kerana bukannya duit pencarum di simpan dalam bangunan dan hangus terbakar pun.
KWSP sendiri memberi jaminan kepada pencarum bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas akibat kebakaran terbabit. Orang ramai yang mahu melakukan transaksi dengan KWSP dinasihatkan cawangan terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut.
Dan jika pencarum masih keliru atau hampir terpedaya dengan dakyah palsu pembangkang kononnya semua duit mereka hangus, silalah hubungi pusat pengurusan pelanggan KWSP di 03-89226000 atau menghantar pertanyaan melalui laman web myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my untuk pertanyaan lanjut.
Jangan percaya dengan berita palsu dan propaganda itu.
Siasat sendiri lebih baik daripada bergantung kepada penyokong pembangkang yang bodoh ini.
Elok sangatlah ditangkap mereka yang sebar berita palsu ini. Badan sahaja besar macam badak, tetapi tiada otak.
Bank Negara zaman Mahathir tidak terbakar pun, tetapi kenapa hilang sampai RM31.5 billion?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan