Ahad, 4 Februari 2018

Cuepacs Jangan Suka Dengar Disebelah Pihak Baik Siasat Dahulu @DrAliHamsa @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Datuk Aziz Muda macam mana boleh jadi Presiden Cuepacs sistem Dalam Kerajaan Malaysia pun tak tahu

Pada 23/01/2018 Presiden Cuepacs Datuk Aziz Muda telah membuat satu kenyataan dalam Berita Harian mengenai Guru Boleh Bertanding Jawatan Politik klik disini Dalam kenyataan tersebut Cuepacs telah menegaskan bahawa penjawat Awam bukanlah hak mana mana ahli Politik, dan ini bermakna Presiden Cuepacs mengatakan segala Jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan segala Menteri Menteri bukan lah hak mana mana ahli politik seperti mana yang di tegaskan oleh Presiden Cuepacs. 

Kenapa Jawatan Perdana Menteri ,TPM dan Menteri Menteri semua berasal daripada golongan ahli Politik. Dan kenapa Jawatan Perdana Menteri dan Menteri Menteri tidak diberikan kepada orang awam yang tidak langsung ada kena mengena dengan ahli Politik. Sebab itu lah selaku Presiden Cuepacs harus tahu yang ahli Politik juga adalah sebahagian daripada penjawat awam. Dan apabila ahli politik telah menerima pelantikan sebagai Menteri mereka ini akan mengangkat Sumpah di Istana Negara dan Istana Negeri Negeri yang mana mereka yang dilantik menjadi Menteri Besar. 

Sepatutnya sebagai seorang Presiden Cuepacs Datuk Aziz Muda kena tahu mengenai sturktur di dalam Kerajaan Malaysia. Jangan asik nak mintak naik gaji dah lanjutkan umur persaraan Penjawat Awam sahaja dan kena fikir la bagaimana hendak membantu penjawat awam yang di buang kerja.  Jikalau Presiden Cuepacs ingin tahu sistem kerajaan Malaysia mempunyai sistem 3 peringkat iaitu di peringkat DASAR (semua ahli politik yang berjawatan Menteri dengan semua ahli ahli Parlimen di seluruh Negara akan bersidang di dalam Dewan Rakyat), Dan Ahli Parlimen ini lah yang akan membentangkan usul dan cadangan daripada rakyat untuk mendapatkan kelulusan dari Yang DiPertua Dewan Rakyat dan apabila di peringkat DASAR telah mendapat kelulusan dari Dewan Rakyat barulah segala tugasan tersebut diserahakan kepada Kumpulan PERLAKSANA untuk melaksanakan segala tugasan yang telah diluluskan di peringat Parlimen. Kumpukan PERLAKSANA juga akan di bantu oleh Kumpulan SOKONGAN untuk memudahkan Kumpulan PERLAKSANA menjalankan tugas. Lain kali tak tahu baik Presiden Cuepacs berdiam diri jee. 


Dan satu lagi apabila Presiden Cuepacs mengatakan pegawai kerajaan pegawai tidak boleh menggunakan maklumat rasmi kerajaan, peralatan dan kemudahan pejabat untuk kegiatan politik dan ini bermakna setiap kali persidangan di dewan rakyat Perdana Menteri dan Menteri Menteri tidak dibenarkan mengunakan sebarang peralaan kerajaan lah termasuklah kenderaan rasmi kerajaan, pen ,kertas dan segala galanya yang dibeli atau disewa oleh kerajaan ke Parlimen kerana di Parlimen Menteri hadir atas urusan Politik. Untuk membentu rakyat dan Presiden Cuepacs juga melarang Menteri Menteri membawa kenderaan rasmi jabatan ke kawasan masing masing. 

Please la Cuepacs sebab itulah dari dulu lagi saya telah memberi cadangan supaya mewujudkan satu Jabatan Pekeliling Akta Kerajaan ditubuhkan untuk memperbaharui segala pekeliling setiap 5 tahun sekali kerana setiap pekeliling harus ada tamat tempoh nya. Apa yang sekarang kerajaan Malaysia masih lagi menggunakan pekeliling yang dah berusia 30 tahun ke 25 tahun. Tetapi apa yang pelik nya apabila Pegawai hendak menggunakan untuk kepentingan peribadi seperti hendak membuang penjawat awam kenapa sesetengah jabatan boleh meminda pekeliling yang sedia ada bagi boleh pulak mereka buat pindaan dengan tanpa merujuk
1 .Mereka dah tak perlu melantik pegawai penyiasat sekiranya ada penjawat tidak hadir ke pejabat 

2. Mereka boleh membuang penjawat awam sesuka hati tanpa memberi peluang dengan memindahkan pegawai tersebut ke tempat lain 

3. Tanpa mendapatkan tandatangan pegawai tersebut 

4. Pegawai tersebut bermain Play Save dengan tidak meletakan tarikh bila seseorang itu ditamatkan perkhidmatan. 

Dan pekara pekara begini lah yang harus di perjuangkan oleh Cuepacs. Kalau diperhatikan Kerajaan Negeri Selangor memang cukup bijak mereka menggunakan keseluruhan jentera kerajaan negeri Selangor semasa PRK di Sg Besar seperti menggunkan peralatan PA system Jabatan Penyiaran Negeri Selangor, Mereka juga menggunakan pentas rakyat untuk mengadakan ceramah. Tetapi kenapa apabila Barisan Nasional memerintah kerajaan mereka tidak boleh menggunakan segala peralatan yang kerajaan miliki untuk kepentingan politik mereka sedangkan yang memerintah kerajaan adalah dibawah kerajaan Barisan Nasional memegang penuh kerajaan Pusat. 

Dan sepatutnya sebagai seorang Presiden Cuepacs haruslah berjumpa dengan pegawai yang telah di buang dan bertanya kan kenapa pegawai tersebut pergi menghadirkan diri membantu Kerajaan Barisan Nasional di Sg Besar? Jawapan nya ialah disebabkan beliau adalah seorang blogger Pro Kerajaan dan Pro Barisan Nasional yang ingin mencari duit poket kerana pihak jabatan telah menahan gaji beliau selama 3 bulan beliau tidak dapat gaji dan beliau bernaked untuk membantu Barisan Nasional bagi memenangi Umno Di Sg Besar Selangor ini kerana disebabkan sikap pegawai pegawai ditempat beliau berkhidmat tidak pernah memberi sebarang tugasan harian serta tugasan lebih masa sedangkan beliau juga mempunyai tanggungjawab untuk sara anak bini. Beliau adalah seorang pemandu apabila tidak di beri sebarang tugasan di suruh duduk di dalam pejabat masalah nya apa yang berlaku bila pemandu tersebut tidur dan pemandu tersebut berdengkur dengan kuat membuatkan ketidakselasaan pegawai tersebut mula menghalau pemandu tersebut dengan membongkar tempat duduk pemandu dan mereka sediakan bilik pemandu berjauhan dengan pegawai dan mereka hanya memantau melalui menelifon ke bilik pemandu bertanyakan kehadiran pemandu tersebut. 

Pemandu yang baru sampai ke dalam bilik pemandu pun menjawab telifon dengan menjawab “tak nampak pun” sedangkan pemandu tersebut baring disebelah dalam yang menjawabnya pemandu yang baru masuk ke dalam bilik pemandu. Dan yang paling sedih apabila kerani menelifon pemandu tersebut dan mengatakan ada tugasan dan pemandu tersebut terus mengambil kunci kenderaan dan menunggu di lobi sehinggalah tengah hari tanpa makan dan minum dan akhirnya kerani menelifon dengan marah marah menuduh pemandu tersebut sebagai seorang penipu takda berada di lobi apabila saya kaji ini semua permainan dari pihak atasan dan mereka mula membuat laporan yang bukan bukan mengenai pemandu tersebut. Supaya pemandu tersebut mudah untuk diambil tindakan untuk dibuang. 

Dan akhirnya pemandu tersebut sehingga kini masih lagi tidak mempunyai sebarang perkerjaan serta mempunyai pendapatan tetap dan sentiasa diburu oleh pihak bank kerana pemandu tidak dapat membayar balik pinjaman melalui MBSB dan Koperasi dan beliau juga di buru oleh pihak mahkamah untuk mengita segala harta yang pemandu itu miliki.Sebab itu lah saya tak pernah salah kan kerajaan tapi dengan sikap pegawai kerajaan yang berlagak baru memegang jawatan timbalan pengarah dan pegawai tersebut pernah berkata dengan bongkak yang bahawasanya beliau pernah membuang 3 orang staf beliau ditempat lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...