Halaman

Rabu, 8 Jun 2016

Terima Kasih @DrAliHamsa @NajibRazak Memahami Kehendak Penjawat Awam

Terima Kasih Tan Sri Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara 
Dapat Memahami kehendak Penjawat Awam dan penjawat awam dikala ini wajib memahirkan diri dalam penggunaan media sosial bagi menyampaikan apa yang telah kerajaan  lakukan terbaik untuk rakyat

PUTRAJAYA: Tiada keperluan untuk menyekat akses kemudahan internet di kalangan penjawat awam dengan tujuan menghalang kebocoran maklumat kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Susulan pengumuman kerajaan Singapura untuk mengenakan sekatan kemudahan internet di pejabat kerajaan ke atas penjawat awam mereka bermula Mei tahun depan, beliau berkata isu kebocoran maklumat bukan lagi menjadi isu utama di negara ini. 

Malah katanya menyekat penggunaan internet tidak secara keseluruhannya mampu menghalang kebocoran maklumat. "Kalau tidak ada internet sekalipun, masih ada lagi cara komunikasi lain yang boleh digunakan," katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berbuka Bersama Anak-anak Yatim dan Asnaf Rumah Nur Kasih Bestari, Kuala Lumpur, Rabu. 

Mengakui terdapat kes kebocoran data dan maklumat kerajaan, Ali Hamsa berkata kerajaan mempunyai proses sedia ada untuk mengambil tindakan ke atas pegawai yang mengeluarkan maklumat rahsia kerajaan. 

"Terdapat kes-kes tertentu seperti penyebaran maklumat rahsia melalui aplikasi Whatsapp dan pegawai yang terbabit telahpun dipanggil dan dikenakan tindakan tatatertib," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan