Halaman

Khamis, 14 April 2016

Jangan Suka Menghukum Penjawat Awam Bawahan @DrAliHamsa @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Dah Ramai Penjawat Awam jadi Pak Pandir
 terjun dengan labu labunya



10 kebaikan Cikgu Shaari berbanding satu keburukan yang sering kita perkatakan...(smile/)(smile/) 

1. Walaupun Cikgu Shaari tidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid. 
* Penjawat awam kini bukan saja takat tidur tapi kadang2 terus ponteng kerja

2. Walaupun guru besar memarahi Cikgu Shaari tetapi dia tidak memarahinya dihadapan murid sebaliknya di bilik guru besar. 
* Sekarang kita sering mendengar anak buah dimarahi oleh bos depan org ramai. 

3. Guru besar dan Cikgu Shaari saling hormat menghormati antara satu sama lain. 
* Penjawat awam sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh, harta, kuasa dan ego masing2. 

4. Cikgu Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru. 
* Penjawat sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih. 

5. Cikgu Shaari sentiasa berdisiplin dan kemas semasa berada di sekolah. 
* Penjawat awam sekarang tidak lagi menghiraukan etika berpakaian semasa bekerja. 

6. Semasa meninggalkan bilik mesyuarat dia sempat berpesan bahawa dia akan akur apa keputusan mesyuarat. 
* Penjawat awam sekarang akan membantah membuta tuli sekiranya sebarang keputusan tidak disukainya. 

7. Cikgu Shaari merupakan seorang yang setia dan menghormati masa.
* Penjawat awam kini tidak pentingkan masa dan setia pada tugas. 

8. Sebelum pergi ke sekolah dia hanya minum secawan kopi dan sebiji pisang sarapan yang seimbang pada waktu pagi. 
* Penjawat awam sekarang suka mengambil sarapan yang berat diwaktu pagi dan banyak menghabiskan masa di kedai kopi @ kantin. 

9. Cikgu Shaari tidak pernah membawa masalah rumahtangganya ke sekolah. 
* Penjawat awam sekarang terbawa2 masalah di rumah ke tempat kerja... yg jadi mangsanya adalah stakeholders. 

10. Akhirnya Cikgu Shaari menjadi guru yang berjaya... mana tidaknya di akhir cerita dia menjadi guru besar. Walaupun satu keburukan yang hanya kita nampak... tetapi banyak pengajaran yg blh kita ambil. Itulah mesej sebenarnya yang hendak disampaikan.

* Akhirnya dimanakah Penjawat Awam itu sekarang adakah dinaikkan pangkat menjadi seorang Ketua Pengarah atau Pengarah Bahagian  .... Dan akhirnya penjawat awam itu dibuang kerja menjadi pengemis ditepi jalan dan terpaksa menjadi peminta sedekah di tepi jalan. 


ULASAN Dari Perdana Hitam

Dan inilah hakikat yang sebenar apa yang berlaku Penjawat Awam pada ketika ini apabila ada Pegawai Atasan sebagai orang melayu atau pun orang Islam mengambil keputusan segala keputusan yang dikeluarkan jangan sesekali ada bantahan atau memperbaiki segala kelemahan dan mereka melihat mereka "POWER MAN"  "YES BOS"

Ini benar berlaku ada sesetengah jabatan sanggup membuat krusus kepada penjawat awam yang bertaraf Kakitangan Sokongan menjadi "kaki bodek" atau pun "kaki pengampu bos" sampaikan ada dikalangan Penjawat Awam terpaksa mereka iaitu mencipta satu cerita yang tidak betul atau sengaja di reka untuk menarik perhatian pegawai atasan seolah olah apa yang mereka ceritakan kepada pihak atasan "YOU ARE PERFACT MAN" dan boleh dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perkhidmatan Cermerlang APC

Kebenaran ini berlaku apabila seorang penjawat awam yang mempunyai jawatan tinggi yang mendapat sebuah kereta perdana atau kereta inspira dan dilengkapi dengan Kad Minyak Kenderaan (boleh mengisi miyak sesuka hati No Limit)  dan Touch N Go disediakan oleh kerajaan serta boleh dibangga oleh mak mertua atau penduduk kampung dan boleh memperbodohkan orang penduduk kampung. Tak payah laaa suka menceritakan keburukan kerajaan. Dan ini lah satu sikap buruk penjawat awam dari segi penyampaian yang suka memburuk buruk kan kerajaan yang ada pada ketika ini dan akhirnya kerajaan yang dipersalahkan adalah kerajaan dibawah Barisan Nasional. 

Sebab itulah kerajaan pada ketika ini harus mencari satu kaedah atau satu makenisma dan membuat satu rombakan secara besar besaran terhadap penggunaan pekeliling kerajaan yang sedia ada diperkemas kini setiap 5 lima tahun yang mana perkeliling yang tidak diguna pakai boleh di lupus atau dikeluarkan dari pekeliling yang boleh diguna pakai. Sebagai contoh :- Seorang penjawat awam tidak boleh menerima sebarang bentuk Rasuah dan DERMA. Adakah sebagai orang islam kita tidak boleh memderma atau memberi sedekah atau mengeluarkan zakat kepada kakitangan bawahan yang kurang kemampuan.

Dan akhirnya penjawat awam kakitangan bawahan terpaksa membuat sebarang perkerjaan untuk menghasil duit bagi menampung kehidupan yang berlaku pada ketika ini terlalu mencabar dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sehinggakan ada anak anak penjawat awam yang tidak makan berhari hari. Dan ini lah realiti sebenar kehidupan sebagai penjawat awam kakitangan sokongan dan akhirnya "hidup harus di teruskan , hari akan tetap akan berganti hari " mungkin pada kala ini rakyat apa yang kita lihat rakyat masih mampu untuk berfikiran waras dan masih lagi bijak untuk berfikir untuk meneruskan kehidupan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan