Halaman

Isnin, 11 Januari 2016

Kenaikan Kos Sara Hidup Masyarakat, NGO & Kerajaan Perlu Memainkan Peranan @PPIM4U @NajibRazak @DrAliHamsa

Pengarah Unit Tindakan Khas 
En Yusuf Azmi

Keadaan Kos Sara Hidup dah Semakin meningkat..Peranan harus dimainkan oleh semua Pihak..Terutama Pengguna.Pengeluar dan Pemborong Telah mengambil kesempatan atas sebab GST la punca mereka terpaksa menaikkan harga barang,Dan menyebabkan peniaga kecil dan Pengguna terkena kesannya..Hakikatnya GST benda yang baik dari segi dasarnya..Tetapi penerimaan dari kebanyakkan pengeluar dan pemborong yang mengambil kesempatan..

Pemborong sengaja mengambil kesempatan dengan mengunakan GST sebagai alasan 


Begitu juga bila minyak naik RM 0.20 seliter..Pemborong menaikkan harga barang seperti kita mengambil contoh ayam..Sebelum kenaikkan minyak harga ayam 1kg RM4.80..Bila naik minyak RM0.20sen seliter..Ayam juga dinaikkan harga sampai RM5.50 sekilo..Kenaikkan menjangkau RM0.70 Per kg..Sedangkan kenaikkan minyak hanya 0.20 seliter..Puratanya begini..Muatan 1 lori(2Tan) boleh diisi sehingga 3000 ekor ayam bersamaan dengan 4500kg..Minyak sebelum ini diisi RM50.00..Bila kenaikkan minyak perbezaan nya hanya la RM60.00...Tetapi pemborong dan Pengeluar menaikkan harga ayam hingga RM2100 untuk satu muatan lori..Jadi seharusnya kita harus sedar kebanyakkan segelintir Pemborong dan Pengeluar yang tamak dan rakus tentang keuntungan yang dimiliki..Menyebabkan Pengguna dan Masyarakat Tersiksa..

Kadang kadang Pemborong dan Pengeluar menaikan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak yang tidak seberapa.

Kita seharusnya Membuat laporan Kepada KPDNKK dengan Bukti Yang kukuh seperti Alamat kedai,Gambar Kilang..Dah kita harus menggunakkan Gerakkan kuasa Pengguna agar bersatu memboikot segala barangan yang sentiasa tidak memikirkan hal masyarakat yang melalui kesusahan pada hari ini..Banyak pihak yang berwajib perlukan sokongan masyarkat dan Pengguna agar membantu mereka agar tindakan boleh diambil..Saya mengharapkan ada juga pihak yang bertanggungjwab melihat keadaan Golongan asnaf dan Musafir,Mualaf..
Dimanakah pemantauan harga barang dari pihak KPDNKK pada ketika ini?

Dan Juga pihak berwajib agar melihat semua keadaan Bangsa dan masyarakat yang melalui kesusahan yang amat sukar..Jangan membuat satu kenyataan tanpa merasakan apa yang dialami oleh semua lapisan masyarkat berbilang bangsa..Saya pasti Pengguna dah buat lebih dari 3 kerja..Dan cuba untuk berjimat Cermat sebaik mungkin..Saya mengharap semua Pengguna agar bersatu dalam isu Kos sara hidup untuk membantu semua Golongan masyarkat tidak kira Bangsa.. 

Yusuf Azmi 
Pengarah Unit Tindakan Khas
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan