Halaman

Isnin, 9 November 2015

Jawatan KPPA Khusus Untuk Memindas Penjawat Awam Bawahan @DrAliHamsa @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Isu exit policy nie dah lama timbul seolah olah pihak Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ingin ugut penjawat awam golongan kakitangan bawahan sujud dan jadi kaki bodek kepada bos untuk mendapat markah yang tinggi supaya kakitangan bawahan mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang digula gulakan oleh pegawai pegawai atasan terhadap kakitangan bawahan.

Dalam sistem penjawat awam kakitangan kerajaan akan dinilai dari sudut prestasi dan mungkin ada yang ramai ingin bertanya kenapa dikalangan penjawat awam dinilai dari sudut prestasinya?, adakah ini salah satu faktor supaya kakitangan bawahan menjadi pengikut telunjuk yang setia seperti "lembu dicucuk hidung" atau "Saya Yang Menurut Perintah" (SYMP). Jawapan nya mudah untuk menjaga prestasi penjawat awam setiap Jabatan atau Kementerian haruslah menjaga kebajikan penjawat awam dari pelbagai aspak malah sebagai Ketua Jabatan harus menitik beratkan penjawat awam bawahan dari segi gaji, elaun, perumahan, pertukaran, kenaikan pangkat, kenaikan ke jawatan baru, kemudahan pengangkutan awam, persekolahan anak, kos sara hidup dan sebagainya barulah seseorang itu terasa dihargai dan bukan sewenang wenangnya pihak KPPA memberhentikan penjawat awam tersebut.

Berbeza lah dengan kumpulan pengurusan dan profesional yang bermula gred 41 dengan gaji mencecah hampir RM3000 dan akan dinaikkan pangkat mengikut timebased, cukup  sahaja berkhidmat lebih dari 5 tahun pegawai tersebut akan dinaikkan pangkat ke gred 44 dan seterusnya sehingga ke gred Jusa dan Turus. Dan dikalangan mereka ini akan disediakan pelbagai kemudahan seperti sebuah kereta perdana, telefon bimbit , pemandu, tukang kebun, tukang masak, bil telepon, api-air percuma, ada elaun keraian. Mereka ini telah diberi dengan pelbagai elaun-elaun seperti elaun keraian, elaun pemandu dan sebagainya malah ada dikalangan mereka ini mengambil elaun tersebut untuk kemudahan peribadi.

Mari kita saksikan Gaji Gaji serta elaun yang mereka terima sumber dari blog Klik Disini

Walaupun mereka mendapat pelbagai kemudahan tetapi ada dikalangan mereka masih mempunyai kenderaan jabatan 4-5 buah bersertakan pemandu khas untuk mereka sahaja dan tidak boleh digunakan oleh mana mana pegawai yang ingin memerlukan. Dan ada sesetengah jabatan tidak sediakan kenderaan yang mencukupi sehingga ada dikalangan pemandu tidak mempunyai kenderaan malah ada dikalangan pegawai menyusahkan pemandu tersebut.Sepatutnya kerajaan melihat pekara ini dengan lebih teliti dan mereka hanya datang ke pejabat semata mata hadir ke mesyuarat untuk mendapatkan makan dan minum secara percuma dan tidak seperti kakitangan bawahan terpaksa mencari duit sampingan untuk mereka mencari sesuap nasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan