Halaman

Ahad, 26 April 2015

Usaha PPIM Perangkap Penipuan Urusniaga Warga Africa Nyata Berbaloi @PDRMsia @NajibRazak @Zahidhamidi

Sendikit Penipuan Urusniaga Emas berjaya di berkas oleh pihak PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berjaya perangkap warga Africa yang cuba memperdaya rakyat Malaysia dengan sendikit penipuan urusniaga yang menawarkan komisen sebanyak RM 5juta ringgit yang katanya “tersimpan di dalam terminal kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA” kata Datuk Nadzim Johan selaku Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 

Dalam satu laporan yang diterima oleh Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM penipuan tersebut telah lama berlaku hampir sedekat yang lalu dan mereka akan menggunakan “skrip” yang sama untuk menipu mangsa disekitar pusat Bandar Kuala Lumpur 

Dengan satu operasi pasukan PPIM yang digelar “Modus Operandi” seorang warga afrika yang memperkenalkan diri sebagai Amin berasal dari Slaerra Leone mengatakan beliau mempunyai lima bagasi yang mengandungi emas dan serta wang tunai sebanyak RM 30 juta yang didakwanya telah di tahan oleh pihak KLIA untuk dibawa keluar 5 bagasi yang mengandungi emas sebagai urusniaga beliau di dalam negara ini. 

Setelah hasil maklumat tersebut diterima Datuk Nadzim Johan PPIM telah berkerja sama dengan pihak polis PDRM telah berjaya memberkas sendikit tersebut dan telah berjaya ditahan di balai Polis Dang Wangi untuk keterangan lanjut. 

Datuk Nadzim Johan berkata operasi tersebut ternyata berbaloi kerana ini adalah satu jenayah penipuan urusniaga yang terbesar terhadap rakyat Malaysia. Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Assisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan kejadian tersebut masih lagi dalam siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan