PUTRAJAYA Hari ini YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara berbesar hati akan melancarkan PASAR TANI JPM "AGRO @JPM : MY BEST BUY" yang merupakan satu lagi kaedah Tranformasi kakitangan awam melakukan penjimatan dengan membeli barang barang keperluan harian yang murah serta harga yang berpatutan, dan ini adalah satu kaedah penjimatan untuk semua warga Kakitangan Awam dapat merakyatkan perkhidmatan awam serta penduduk Putrajaya selaras dengan “Program Jimat Belanja Dapur” yang akan dilancarkan oleh YBhg Tan Sri KSN JPM diatas kerjasama dengan FAMA dan Perbadanan Putrajaya.
PASAR TANI JPM "AGRO @ JPM : MY BEST BUY" akan dilancarkan oleh YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa bertempat di Tapak Letak Kereta Belakang Blok B7, Kompleks Jabatan Perdana Menteri serta berhampiran Laman Perdana, Presint 1, Putrajaya dan akan berlansung pada jam 12.30 tengahari hari ini, Pasar Tani JPM ini akan diadakan setiap 2 kali sebulan, iaitu pada setiap hari RABU bagi minggu pertama dan minggu ke tiga dan bermula dari 12.00 tengahari sehingga 7.00 malam.
Disamping itu juga seramai 60 orang peniaga yang menyertai pasar tani ini dengan pelbagai produk yang diniagakan seperti bahan makanan basah dan kering, makanan yang siap diproses, buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman, daging lembu tempatan, ayam, ikan, barang runcit, produk IKS, makanan, minuman dan pelbagai barangan lain yang berkaitan produk pertanian.
Sehubungan itu juga semua warga kakitangan awam yang berada disekitar Putrajaya dan serta penduduk Putrajaya dialu alu memeriahkan lagi Pasar Tani JPM ini dan setiap keluarga adalah digalakkan berkunjung ke pasar tani ni bagi menyokong kempen MyBest Buy ‘Jimat Belanja Dapur”.
"JIMAT BELANJA DAPUR"
"AGRO @ JPM : MY BEST BUY"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan