Halaman

Rabu, 23 April 2014

@Alihamsa55 @NajibRazak Kerajaan Harus Mengkaji Semula Elaun Kakitangan Awam @PMO @TKSUKJPM

Kerajaan harus menkaji semula elaun elaun kakitangan awam dari GRED 44 sehingga ke peringkat kakitangan sokongan. Masih banyak lagi terdapat elaun elaun yang tak setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada penjawat awam.

Apabila kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya kuarters kerajaan ditukar nama kepada rumah sewa kerajaan untuk memastikan penjawat awam Gred 44 dan ke bawah dapat menikmati elaun perumahan pada kadar penuh.

Presidennya, Azih Muda, berkata jika status kuarters itu diubah, CUEPACS mencadangkan agar RM124 dijadikan sebagai kadar sewa bulanan ke atas penjawat yang menikmati kemudahan itu.

Azih menjelaskan masalah yang timbul ketika ini ialah apabila penjawat awam tinggal di kuarters kerajaan, elaun perumahan mereka serendah RM180 sebulan akan ditolak selain hanya menikmati 50 peratus daripada bayaran elaun kos sara hidup (Cola).

"Jika kuarters ini jadi rumah sewa, maka baki elaun perumahan setelah tolak sewa perlu dipulangkan kepada penjawat awam. Contohnya kalau elaun perumahan RM180, dah tolak sewa RM124 akan ada lagi baki RM56.

"Selain itu bayaran Cola maksimum RM300 (mengikut kawasan) perlu diberi 100 peratus kepada penjawat awam, tiada lagi sebab untuk potong 50 peratus," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kongres CUEPACS sesi 2013-2016 di sini, hari ini.

Azih berharap kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung cadangan CUEPACS itu dalam usaha mengurangkan tekanan hidup yang dialami penjawat awam sekarang.

Selain itu, CUEPACS juga berharap agar kerajaan dapat mengkaji semula elaun sewa hotel yang dianggap tidak lagi relevan memandangkan kadar penginapan kini semakin meningkat selain menilai semula elaun perjalanan.

"Elaun perjalanan ini masih pada kadar yang lama sedangkan harga petrol dah naik. Jarak yang dilalui sama tapi kos yang dibayar lebih," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azih berkata sambutan Hari Pekerja 2014 pada 1 Mei depan akan diadakan di Dewan Wawasan Jitra, Kedah dengan tema "Penjawat Awam Tiang Seri Negara".

Katanya, tema itu dipilih selaras dengan peranan serta fungsi penjawat awam dalam membantu kerajaan membangunkan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan