Halaman

Isnin, 23 Disember 2013

@NajibRazak @Azwanbro @KhairyKJ Kenaikan Tol Rakyat Perlu Tahu Kerajaan Telah Bayar Pampasan RM400 Juta Akibat Pengangguhan Kenaikan Tol Dari 2008 hingga 2013

Kenaikan harga tol perlu dilakukan disebabkan kerajaan telah membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada dari 2008 sehingga 2013


Rakyat harus faham tentang perjanjian kerajaan dengan pihak konsesi lebuh raya. Selama ini kerajaan telah melakukan penangguhan kenaikan kadar tol sejak tahun 2008 sehingga 2013 untuk 15 lebuh raya, penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan plaza tol. Rakyat haruslah bijak merancang perjalanan yang sebaik mungkin dan boleh membuat perjalanan yang tidak melibatkan tol. 

Kementerian Kerja Raya hari ini menyatakan kerajaan perlu menghormati perjanjian konsesi ditandatangani untuk terus mendapat keyakinan pelabur. Menterinya, Datuk Fadillah Yusof dalam satu kenyataan medianya berkata, walaupun kerajaan masih mempertimbangkan langkah untuk mengurangkan implikasi kenaikan harga tol kepada rakyat namun perjanjian tersebut perlu dihormati. 

Menurutnya, ia perlu bagi mendapat keyakinan pelabur dan supaya tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan yang lebih kukuh dan berdaya saing. "Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan perjanjian konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014. 


"Namun, kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat. "Sebaliknya, kerajaan masih lagi mempertimbangkan langkah-langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuklah mengadakan makmal yang dikendalikan oleh Pemandu untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada tahun 2014," katanya. 

Pada minggu lalu, media melaporkan kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. 

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain. "Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya. 

Dalam pada itu, Fadillah yang juga ahli Parlimen Petrajaya berkata,kerajaan juga telah bertindak mengurangkan beban pengguna lebuh raya sejak 2008. "Kerajaan telah melakukan penangguhan kenaikan kadar tol sejak tahun 2008 sehingga 2013 untuk 15 lebuh raya, penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan 7 plaza tol. 

"... pengurangan kadar tol yang melibatkan tiga lebuh raya dan pengstrukturan semula kadar tol yang melibatkan lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD," jelasnya.

1 ulasan:

  1. janji sebelum pilihanraya (menifesto) tol akan dikurangkan.tibela masenye janji ditunaikan

    BalasPadam