Halaman

Sabtu, 28 Disember 2013

Ketua Pemuda Putrajaya Ambil Pendekatan Turun Padang Bagi Program Membasmi Denggi Bagi Penduduk Putrajaya @TengkuAdnanReal

Tahniah kepada Ketua Pemuda Putrajaya Sdr Ahmad Faisal (Tom) telah mengambil pendekatan yang berani bagi membanteras demam denggi yang selama ini telah banyak meragut nyawa kanak kanak di setikar Putrajaya dan penduduk penduduk di sekitar Putrajaya ini.

Dalam melaksanakan program membenteras nyamuk Aedes di sekitar Putrajaya ini Kementerian Kesihatan Putrajaya telah mengelar operasi ini adalah operasi COMBI iaitu "Communication For Behavioural Impact" telah memberi banyak maafaat kepada penduduk penduduk setempat di dalam Putrajaya dan persekitaran setempat.

Ketua Pemuda Putrajaya serta Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang telah bersama sama dengan Kementerian Kesihatan Putrajaya dan penduduk Putrajaya telah membuat satu program iaitu turun padang bergotong royong bersama sama penduduk Putrajaya di Presint 8 Fasa 4B untuk membenteras nyamuk Aedes yang telah menghantui penduduk Putrajaya.

Program ini juga adalah satu program pendekatan antara penduduk Putrajaya bersama sama Pemuda UMNO Putrajaya bagi merapatkan jurang persahabatan diantara penduduk dengan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.

Dan sekali Perdana Hitam ucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda Putrajaya Sdr Ahmad Faisal telah berjaya melaksana program COMBI pada pagi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan