Halaman

Sabtu, 14 September 2013

#TF4MT Calon MT Dari Putrajaya @TunFaisal Akan Memperjuangkan Agama Bangsa dan Tanahair @NajibRazak @TengkuAdnanReal



Calon Majlis Tertinggi UMNO Saudara Tun Faisal Ismail Aziz adalah seorang pemimpin yang begitu kental dan berwibawa dan dengan semangat yang waja beliau mampu membawa perubahan dalam arus politik semasa untuk menerajui Pemuda Pemuda UMNO serta barisan barisan UMNO pada masa kini. Saudara Tun Faisal yang berasal dari Perak dan beliau kini menetap di Putrajaya telah membawa perubahan kepada generasi pemuda dari segi Majlis Belia , Persatuan dan Pemuda UMNO. 

Dalam PRU 13 Saudara Tun Faisal begitu agrasif dan telah mengerakan seberapa ramai jentera jentera dari Unit Media Maya seperti Blogger , Twitter , Facebookers dan sebagainya untuk menangkis persepsi negetif orang ramai terhadap UMNO. Beliau juga mempunyai karisma yang tinggi sebagai pemimpin UMNO yang telah mentransfomasikan UMNO supaya nampak lebih hebat, gah dan mampu membawa perubahan kepada tampuk Barisan Nasional dan memperkasakan pergerakkan parti komponen yang lain. 


Dari Pucuk pimpinan UMNO Bahagian Putrajaya iaitu YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin bahawa Saudara Tun Faisal mampu membawa satu perubahan yang besar kepada UMNO di Putrajaya atau pun diseluruh rakyat Malaysia. Dari segi pengalaman beliau khususnya di Unit Media Baru dan beliau telah membariskan jentera jentera dari unit media maya UMNO dan Pro Kerajaan telah berkerja keras bagi menepis tomahan tomahan dari pihak pembangkang terhadap Barisan Nasional serta persepsi terhadap pemimpin tertinggi UMNO pada masa kini.

PH yakin Saudara Tun Faisal Ismail Aziz  mampu memberikan nafas yang baru kepada UMNO untuk mengharungi landskap baru yang trend masa kini dan generasi muda dapat melihat bahawa majoriti pengundi muda telah menguasai satu perubahan yang begitu drastik dalam kehendak rakyat di masa yang akan datang. UMNO perlu melakukan satu perubahan yang drastik supaya dalam PRU14 nanti Barisan Nasional akan mencapai kemenangan besar untuk Agama Bangsa dan Tanahair. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan