Halaman

Ahad, 29 September 2013

Kertas Undi Untuk Percalonan Pemilihan UMNO 2013 Sudah Dikeluarkan @NajibRazak @TengkuAdnanReal



JANDA BAIK, 29 Sept -- Ïbu Pejabat UMNO hari ini telah bersedia untuk mengadakan proses pemilihan kepimpinan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang terbesar di dalam sejarah negara dan yang pertama kali diadakan mengikut kaedah proses pemilihan terbaru yang melibatkan lebih 140 ribu perwakilan di setiap peringkat di seluruh negara. 

Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Jusuh menyatakan keyakinan beliau bahawa program simulasi yang diadakan ini telah menepati sasaran serta memberikan keyakinan kepada jawatankuasa pemilihan parti serta pihak pengurusan parti untuk melaksanakan pemilihan pada 12 dan 19 Oktober ini. 

"Ibu pejabat UMNO Malaysia beserta jawatankuasa pemilihan parti hari ini telah bersedia untuk menjalankan pemilihan yang terbesar di dalam sejarah negara dan di dalam sejarah UMNO itu sendiri," ujarnya di dalam sidang media Simulasi Pemilihan UMNO 2013 di Pusat Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik di sini hari ini. Simulasi-pemilihan-undi-umno-bahagian-pu­sat-2013-janda-baik-ilmu-bentong-pahang 

Tambahnya lagi, pemilihan UMNO 2013 ini juga akan turut melibatkan lebih 35 ribu sukarelawan yang akan bertugas pada hari pemilihan pada peringkat bahagian UMNO di seluruh negara bagi membantu melancarkan proses pemilihan tersebut. "Berdasarkan proses simulasi yang diadakan, insyaAllah proses pemilihan UMNO 2013 kali ini akan dapat berjalan lancar di setiap bahagian yang terlibat sekiranya segala perancangan dan susun atur ini dapat dilaksanakan dengan baik. 

"Saya sememangnya amat berpuas hati dengan proses simulasi yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini serta berasa amat kagum melihat komitmen serta semangat yang diperlihatkan oleh oleh sukarelawan jawatankuasa pemilihan UMNO dari seluruh bahagian di seluruh negara yang hadir dalam kursus simulasi ini," jelasnya. -MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan