Kakitangan awam yang menduduki kuaters dalam Putrajaya mula diugut oleh pembangkang dengan mengedarkan risalah berbentuk ugutan dan hinaan terhadap penjawat awam yang mengatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah telah mengeluarkan satu risalah kepada penghuni kuaters Putrajaya mengatakan penghuni Putrajaya akan di kenakan tindakan jikalau mereka terlibat dalam Politik Pembangkang.
Menurut sumber Bahagian Pengurusan Hartanah tidak pernah mengeluarkan atau mengedar mana mana risalah yang mengatakan Bahagian Pengurusan Hartanah melarang kakitangan awam terlibat dalam aktiviti dipihak pembangkang di sekitar kuaters Putrajaya.
Pembangkang mula terdesak dan mereka telah membuat beberapa propaganda yang menarik perhatian kepada penjawat awam supaya penjawat awam benci dan marah terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) di bawah jabatan itu, mengeluarkan notis melarang warga perkhidmatan awam yang tinggal di Putrajaya melibatkan diri dalam sebarang aktiviti politik pakatan rakyat.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Othman Mahmood berkata notis itu, yang menggunakan nama serta logo BPH, mendakwa tindakan akan diambil ke atas penghuni Putrajaya yang berbuat demikian.
"Pihak JPM ingin menegaskan bahawa BPH tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau Notis Peringatan tanpa pengesahan cap rasmi jabatan, dan juga tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan lambang serta logo rasmi BPH seperti yang disebar dalam media massa dan media sosial, serta ditampal di beberapa tempat di kuarters Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata JPM sudah membuat laporan di Balai Polis Putrajaya petang ini agar perkara itu disiasat. Othman turut mengingatkan warga perkhidmatan awam, terutama yang tinggal di Putrajaya, agar berhati-hati dengan sebaran maklumat palsu menggunakan nama serta logo jabatan dan agensi di bawah JPM oleh pihak tidak bertanggungjawab
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Blog tuan telah saya pautkan dlm blog melayublues@blogspot.com..tolong pautkan kembali dalam blog hebat tuan.
BalasPadam