Tindakan tatatertib akan diambil serta-merta terhadap penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan terlibat dalam Operasi Daulat membanteras penceroboh militan dari selatan Filipina.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan kerana kejadian pencerobohan itu benar dan ada anggota pasukan keselamatan yang terkorban mempertahankan negara.
Beliau berkata tidak semua penjawat awam memberikan komen yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya hanya segelintir yang membuat komen negatif terhadap insiden pencerobohan militan itu.
"Jika kami mendapat bukti mana-mana penjawat awam terlibat, tindakan akan diambil serta-merta," katanya kepada pemberita dalam lawatannya ke markas operasi pasukan keselamatan di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Ali berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan segelintir penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu di Lahad Datu melalui media sosial Facebook, Twitter dan blog
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan