Datuk Seri Ali Hamsa sebagai KSN ke-13
Nama Ketua Setiausaha Negara (KSN) baru yang bakal menggantikan Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dijangka diumumkan esok.
Sumber sumber memberitahu , surat pelantikan yang menamakan Datuk Seri Ali Hamsa sebagai KSN ke-13 itu telah pun ditandatangani dan esok pengumuman mengenainya akan dibuat.
Menurut sumber itu lagi, penyerahan tugas antara Mohd. Sidek dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) itu akan berlangsung di Parlimen pada 21 Jun ini (Khamis).
Mohd. Sidek akan mengetik perakam waktu keluar tepat jam 5 petang Jumaat dan menghadiri majlis perpisahan pada malam tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Beliau yang merupakan KSN ke-12 dalam sejarah pentadbiran awam Malaysia dilantik ke jawatan itu pada 3 September 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2007.
Mohd. Sidek dilantik semula secara kontrak untuk tempoh dua tahun bermula pada 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009.
Selepas tempoh tersebut perkhidmatan beliau dilanjutkan dua kali untuk tempoh setahun masing-masing mulai 24 Jun 2010 hingga 23 Jun 2011 dan 24 Jun 2011 hingga 23 Jun ini.
Sementara itu, Ali Hamsa, 56, yang menyertai perkhidmatan awam pada 1981 mempunyai latar belakang ekonomi dan pernah dilantik sebagai pegawai kanan di Kementerian Antarabangsa dan Industri serta beberapa kementerian lain dan Jabatan Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan