Halaman

Selasa, 3 April 2012

18 Cadangan Diterima Dan 4 Ditolak Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Umum Yang Akan Datang


KUALA LUMPUR 3 April – Berikut adalah syor-syor yang dipersetujui oleh semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya: 

1-Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di    Perwakilan Malaysia atau secara pos. 

2- Pengundi luar kawasan. 

3- Tarikh pembubaran Parlimen. 

4- Kerajaan sementara (caretaker government). 

5- Penguatkuasan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran. 


6- Akses media yang bebas dan saksama; 

7- Pembersihan daftar pemilih yang berterusan. 

8- Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar. 

9- Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya. 

10- Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya. 

11- Memperkasakan kedudukan SPR. 

12- Penstrukturan dan pengukuhan SPR. 

13- Memperluaskan Akademi Pilihan Raya. 

14- Pengasingan fungsi utama SPR. 

15- Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak. 

16- Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.

17- Peruntukan dana kepada parti politik 

18- Sistem pilihan raya baru. 

Berikut adalah syor-syor yang tidak mendapat persetujuan sebahagian ahli jawatankuasa: 

1- Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media. 

2- Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun. 

3- Memanjangkan tempoh berkempen. 

4- Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan