Halaman

Jumaat, 2 Mac 2012

Benarkah Sistem Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) Di Hapuskan

SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DIHAPUSKAN




Ramai kakitangan awam yang ingin tahu benarkah SBPA ini di hapuskan , desas desus yang mengatakan SBPA ini akan di hapuskan dan semua kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji seperti biasa di atas ketidakpuasan hati di kalangan kakitangan awam itu sendiri.

Dan ada juga yang mengatakan kakitangan awam akan menerima kenaikan yang lebih memberansangkan dan akan menerima kenaikan yang lebih baik daripada SBPA. Ramai di kalangan kakitangan awam tidak tahu bahawasanya di Golongan Pegawai Premium telah menerima gaji SBPA dari bulan Januari yang lalu , benarkah semua ini terjadi kenapa Kementerian Kewangan tidak selaraskan gaji Kumpulan Sokongan dengan Kumpulan Premium itu sendiri, semua itu menjadi tanda tanya kepada semua kakitangan awam yang lain?.


Pada masa yang sama juga Perdana Menteri akan umumkan kenaikan gaji kepada semua kakitangan awam pada 19 Mac ini di Stadium Bukit Jalil. Dan ramai kakitangan awam yang tak sabar menunggu berita gembira yang akan di umamkan Perdana Menteri tak lama lagi. dan ada juga yang mengatakan bahawa Kumpulan Premium yang telah menerima kenaikan gaji dari kenaikan gaji SBPA akan ditarik balik.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam tidak sabar untuk menerima tunggakan gaji dan menerima gaji yang terkini. Dan disini juga diharapkan agar semua kakitangan awam haruslah bersabar dan menerima dengan sebaiknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan