Halaman

Selasa, 14 Februari 2012

Sambutan Hari Keluarga Sebuah Syarikat Tempatan Bertukar Tragedi


Sambutan Hari Keluarga sebuah syarikat tempatan bertukar tragedi apabila salah seorang pesertanya, mati lemas semalam. 

Sambutan berkenaan diadakan di kawasan pantai persendirian milik salah satu pusat peranginan terkemuka di Santubong, dekat sini. 

Menurut rakannya yang enggan dikenali, mangsa merupakan kakitangan di bahagian Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan berumur 34 tahun. 

Katanya, mangsa sedang dalam tempoh bercuti kerana ingin menyertai Hari Keluarga tersebut. “Dia sebenarnya pandai berenang, tetapi mungkin ombak terlalu kuat,” katanya. 


Dalam insiden sekitar jam 4 petang itu, para peserta yang sekitar 20 orang itu sedang bermain-main di pantai apabila air mula pasang dan menarik mangsa bersama seorang lagi kawannya ke dalam laut. 

Difahamkan mangsa dan kawannya itu berada agak jauh dari pantai namun ‘kehilangan mereka’ itu disedari oleh rakan-rakan. Tindakan pantas pengawal pantai pusat peranginan itu yang sentiasa berada dalam keadaan bersedia, bagaimanapun hanya sempat menyelamatkan salah seorang daripada mereka. 

Mangsa yang berasal dari Kampung Bintawa Hulu hanya berjaya dijumpai lebih 15 minit kemudian. Wanita itu disahkan meninggal dunia sekitar sekitar jam 6 petang semalam setibanya di HUS.

1 ulasan: