Halaman

Rabu, 1 Februari 2012

Perang Judi Secara Besar Besaran Akan Dilakukan Di Selangor

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melancarkan perang habis-habisan ke atas pihak yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet berikutan bilangan premis yang dikenal pasti menjalankan aktiviti haram itu berada pada tahap membimbangkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya mempertingkatkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan secara komprehensif dalam membanteras aktiviti perjudian Internet yang semakin menular di seluruh daerah ini.

Menurutnya, ancaman perjudian Internet haram ini begitu serius dan tiada cara lain kecuali memerangi habis-habisan lubuk yang menjadi sarang perjudian ini.

"Polis memandang serius aktiviti judi siber dan pengoperasian pusat judi di sekitar daerah ini menyebabkan kami membuat serbuan setiap hari bagi memastikan aktiviti haram berkenaan dihapuskan.

"Langkah itu dilakukan kerana sebelum ini banyak operasi secara berkala dijalankan bagi membendung masalah ini tetapi apabila kami rampas komputer dan peralatan lain hari ini kemudian esok lusa mereka buka semula," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan seorang remaja yang menghidap penyakit barah tulang, Noor Raihana Batturul Saman, 14, yang berhasrat menjadi polis.

Kedatangan remaja berkenaan yang dikesan menghidap penyakit itu sejak setahun lalu ke IPD Petaling Jaya, diatur Persatuan Make-A-Wish Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan