Halaman

Selasa, 14 Februari 2012

Pemuda Suka Ambil Pekara Mudah Dan Ramai Ahli UMNO Tidak Mendaftar Sebagai Pemilih


Majoriti daripada 400,000 ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi adalah golongan muda dan pelbagai usaha akan dipertingkatkan bagi memastikan mereka tersenarai sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pemuda dan Puteri UMNO telah diarah memberi perhatian terhadap usaha tersebut. 

"Kami berharap dalam tempoh dua minggu ini, usaha mengesan dan mendaftar kumpulan ini sebagai pengundi berhasil, itupun jika tarikh pilihan raya umum ditetapkan selepas tiga bulan," katanya selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana anjuran Puteri UMNO yang turut dihadiri oleh Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di PWTC di sini hari ini. 


Menurut Ahmad, usaha itu perlu dilakukan secara berterusan walaupun tarikh pilihan raya umum ditetapkan lebih awal dari tempoh tersebut. "Jika kumpulan ini hanya sempat didaftarkan tetapi tidak tersenarai sebagai pengundi, mereka boleh membantu jentera pilihan raya nanti," katanya. 

Sementara itu, Rosnah berkata, seramai 40,000 daripada kira-kira 380,000 ahli Puteri UMNO dikesan masih belum mendaftar sebagai pengundi. "Kami memandang serius perkara ini dan akan pastikan mereka berdaftar termasuk cuba mengesan mereka kerana ada ahli berpindah termasuk menyambung pengajian ke luar negara," katanya. 

Menurutnya, Puteri UMNO akan meningkatkan kerjasama dengan Pemuda UMNO untuk mengesan mereka masih belum mendaftar. 

"Kami sentiasa mengingatkan ahli supaya berdaftar sebagai pengundi dan maklum balas yang diterima amat memberangsangkan," katanya. Rosnah berkata, sepanjang tempoh 2009-2011 seramai 100,000 ahli Puteri UMNO mendaftar sebagai pengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan