Halaman

Ahad, 19 Februari 2012

Panas Berapi Exzos Dah Keluar Api Betul Ke UMNO/BN Tak Mampu Mempertahankan Negeri Perak Mari Kita Kupas Satu Per Satu:- @ZambryAbdKadir


VS


WARTAWAN: 
Bagaimana dengan tahap kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat di Perak? 

Adakah isu-isu yang boleh mengganggu kerjasama. Jika ada, bagaimana saudara mengatasinya? 

Pas ) Sehingga sekarang tidak ada isu yang boleh mengganggu kerjasama. Prinsip yang kita sepakati bersatu menumbangkan kezaliman, salah guna kuasa, amalan rasuah dan kemungkaran ekonomi Umno-BN. Sekiranya ada sekalipun hanya isu kecil yang boleh diselesaikan di meja perbincangan dengan penuh berhemah. 

UMNO ) Rasanya Pas yang sekarang tengah dibelengu oleh isu isu PKR yang banyak pertikaian, Dalam isu kezaliman, salah guna kuasa yang paling teruk sekali adalah puak puak pembankang Pas dan PKR. Sebagai Contoh kezaliman orang orang UMNO sendiri takda akan membuat perarakan tunjuk perasaan dan dan sebagainya  tetapi puak puak pembangkang telah membuat perarakan, baring atas jalanraya tunjuk perasaan dan sebagainya ini adalah kerja kerja puak pembangkang.

Bagaimana dengan pembahagian kerusi. Sudahkah ia selesai? 


Pas) Hanya satu dua kerusi yang bertindih, namun ia dapat diselesaikan sebelum PRU akan datang, insya-Allah. 


UMNO) Umno tidak ada masalah dengan pembahagian kerusi ini terletak di tangan Perdana Menteri iaitu DS Najib akan membuat keputusan siapakah calon calon yang layak yang akan diletakan di negeri Perak dan tidak ada pergaduhan di dalam jentera parti UMNO di negeri Perak itu sendiri.


Secara keseluruhannya, apakah saudara yakin Pakatan Rakyat boleh menguasai kerajaan negeri? 


Pas) Saya yakin insya-Allah Perak akan kembali dikuasai oleh Pakatan Rakyat setelah dirampas dengan cara yang begitu kotor dan jelek oleh Umno- BN. Sebenarnya rakyat Perak masih bersama Pakatan Rakyat, dulu Perak dirampas bukan kerana pilihan rakyat tetapi pengkhianatan oleh tiga orang durjana ini. 


UMNO) Apa yang saya rasa Perak masih lagi di perintah di bawah kepimpinan Barisan Nasional kerana purata rakyat Perak yakin di bawah kepimpinan DS Dr Zambry adalah yang terbaik untuk rakyat di negeri Perak.

Bagaimana saudara melihat Umno, bolehkah mereka mempertahankan kerajaan negeri? 


Pas) Umno tidak mampu mempertahankan kerajaan negeri, ini kerana dua kelompok rakyat yang selama ini menjadi talian hayat mereka sudah beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat. MCA, MIC dan Gerakan sudah lumpuh dan hilang pengaruh kerana sebahagian besar pengundi Cina dan India sudah hilang kepercayaan kepada Umno-BN. Umno sudah hilang tonggak kekuatan mereka, Umno gunakan sentimen perkauman pula bagi meraih undi simpati orang Melayu menyebabkan pengundi Cina dan India semakin benci kepada Umno-BN. 


UMNO) Rakyat Cina di negeri Perak telah mula sedar dengan apa yang Barisan Nasional buat adalah untuk kesejahteraan rakyat Perak dan sebahagian besar pengundi Cina dan India telah bersatu hati untuk menyokong Barisan Nasional begitu juga dengan masyarakat melayu di Perak pun telah mula mempercayai Kerajaan Barisan Nasional. Begitu juga dengan kerajaan Malaysia yang telah banyak membantu rakyat yang kemiskinan di dalam bandar dan di luar bandar dengan memberi sumbangan BR1M untuk meringankan beban rakyat.

Apakah kelemahan Umno- BN yang saudara rasa boleh dijadikan alasan kukuh untuk rakyat menolak mereka? 


Pas) Amalan rasuah, salah guna kuasa, salah urus tadbir, perkauman, tidak menepati janji, khianat pada rakyat, pentingkan kroni, pecah amanah dan sebagainya adalah kelemahankelemahan Umno-BN yang sangat ketara. Tidak ada sebab rakyat masih bersama dengan Umno-BN yang semakin menuju kehancurannya. 


UMNO) Apa yang dinyatakan di atas adalah tidak benar, ini lah hasil puak Pakatan Rakyat dan pembangkang hanya pandai menipu rakyat dengan menyatakan tanpa ada fakta yang sah. Dan apa yang dinyatakan oleh puak Pas adalah seperti meludah ke atas muka sendiri seperti rasuah, Salah guna kuasa, Tidak menepati kepada rakyat, kroni dan pecah amanah ini adalah orang orang Pakatan Rakyat yang pandai lakukan. Biar saya nyatakan di sini benar dan fakta dalam golongan penjawat awam, pegawai atasan puratanya adalah menyokong pembangkang yang mengambil rasuah adalah pegawai atasan ini adalah fakta dan salah guna kuasa pun adalah pegawai atasan kerajaan yang menyokong pembangkang.

Bagaimana dengan program Jom Masuk PAS yang dilancarkan baru-baru ini? 


Pas) Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Beberapa tokoh dari kalangan pesara kerajaan dan tentera/ polis yang telah menyertai PAS menjelajah seluruh Perak bagi menyampaikan ceramah Mengapa Pilih PAS. Program mendapat sambutan dengan baik. Kemasukan tokoh-tokoh ini seperti Dato’ Adnan Ibrahim (mantan Pengarah JPN Perak), Laksamana (B) Imran Aziz (Pesara tentera), Abdullah Omar (mantan OCPD) ada pengaruh besar rakyat sokong PAS dan Pakatan Rakyat.


UMNO) Dan disinilah kita dapat perhatikan berapa ramai kakitangan kerajaan yang dahulunya adalah pegawai atasan tinggi yang salah guna kuasa dan mengambil rasuah dan sebagainya. Mereka mereka ini musuh dalam selimut bagi orang orang UMNO iyu sendiri. Tetapi ramai juga ahli ahli Pas dan ahli ahli Pakatan Rakyat yang telah kembali kepanggal jalan dan mula menyertai UMNO di negeri Perak ini.

Harapan saudara kepada seluruh jentera dan pimpinan PAS dalam usaha menawan kerajaan negeri? 


Pas) Seluruh jentera dan pimpinan PAS di semua peringkat hendaklah melipat gandakan komitmen dalam melaksanakan agenda parti merampas semula Perak dari Umno-BN. Beri tumpuan sepenuhnya gerak kerja pilihan raya secara terancang dan berjadual dengan sasaran kerja yang jelas, dekati seluruh lapisan masyarakat, sampaikan semua maklumat ke akar umbi, gunakan apa sahaja pendekatan dan strategi bagi mengubah minda pengundi. Pimpinan PAS terutama bakal calon hendaklah sentiasa bersama dengan rakyat dengan dekati dan menjiwai mereka.


UMNO) Bagi UMNO juga telah telah bersiap sedia dengan barisan jentera jentera Barisan UMNO bagi mempertahankan negeri Perak ini. Dengan ini berharap Pakatan Rakyat  buangkan saja angan angan untuk menawan Perak.


Perak Tetap Bersama UMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan