Halaman

Jumaat, 3 Februari 2012

Cacamarba Hancur Malaysia Jika Anwar Berkuasa - Zahid Hamidi


Dasar luar negara terutama membabitkan isu keselamatan di Asia Barat berkemungkinan akan menjadi carcamarba sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang menerajui negara ekoran kenyataan ketua pembangkang itu yang dilihat menyebelahi kepentingan Israel.  


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, gambaran awal keadaan tersebut boleh berlaku ekoran kenyataan yang dilontarkan oleh Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Disember lalu mengenai sokongan kepada usaha melindungi keselamatan Israel. ''Nauzubillah (kami berlindung dengan Allah), kita harap tidak ada kesempatan diberikan oleh Allah untuk mereka (pembangkang) memerintah negara ini," katanya. 

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan motosikal roda tiga berkuasa tinggi pertama di dunia, BRP Can-Am Spyder Roadster yang diedarkan oleh DRB-HICOM Bhd. di sini hari ini. 

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengulas mengenai kenyataan Anwar di WSJ pada 26 Januari lalu bahawa: ''Saya menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel'' yang mendapat kecaman pelbagai pihak apabila ia dilihat menyebelahi kepentingan rejim Zionis. 

Bagaimanapun Anwar ketika cuba menangkis kecaman tersebut menyatakan kenyataan beliau itu adalah selari prinsip penyelesaian dua negara atau two states solution yang dikatakan turut dipersetujui oleh pejuang Palestin, Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Malaysia. 

Zahid berkata, setelah meneliti kenyataan Anwar tersebut sebagaimana dilaporkan oleh WSJ, pihaknya mendapati ia adalah satu percubaan untuk menyelamatkan diri apabila ditanya mengenai isu negara Israel tetapi ternyata jawapan tersebut menjerat pemimpin parti pembangkang tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan